Wednesday, March 25, 2009

Pantuns

Does anyone remember the agony that pantuns brought me in the beginning of last year? Well I found some old pantuns that I wrote in Form 2 for BM class. Enjoy!

“Pantun Nasihat Kejayaan”

Ayam jantan suaranya lantang,
Adanya sayap tak dapat terbang;
Berimpian tinggi, berharap panjang,
Berazam untuk mejadi cemerlang.

Hendak berjuang mesti berdaya,
Tidak kira kritik dan kutukan;
Setiap perkara ada masanya,
Sabarlah untuk doa dimakbulkan.

Hidup bosan seorang nelayan,
Selalu diisi penuh harapan;
Memandang jauh menurut impian,
Selalu merancang untuk masa depan.

Bijih timah banyak dilombong,
Diusahakan oleh tokoh-tokoh;
Sudah berjaya janganlah sombong,
Berbesar hati janganlah angkuh.

“Pantun Nasihat Hati”

Di bilik saya ada almari,
Di dalamnya ada seekor musang;
Kita harus selalu berdikari,
Jangan selalu harapkan orang.

Tiada pisau gunalah gunting,
Tiada gunting gunalah kunci;
Kebersihan diri adalah penting,
Tapi mustahak ialah hati suci.

Di dalam hutan banyak rotan,
Di dalam lombong banyak galian;
Kejujuran jambatan persahabatan,
Hati ikhlas mengerat pertalian.

Pegawai keselamatan ronda di rantau,
Di rantau sangat senyap dan sunyi;
Bercakap benar janganlah terlampau,
Jangan sampai tersinggung hati.

“Pantun Nasihat Masa”

Banyak ular tidak berbisa,
Bukan semua orang makan cili;
Janganlah membuang masa,
Masa itu emas tak dapat dibeli.

Seekor katak menangkap lalat,
Pada hati itu ialah Jumaat;
Masa berlalu sangat cepat,
Jadi hargailah setiap saat.

31 Ogos ialah Hari Merdeka,
Itulah yang guru saya mengajar;
Jangan selalu malas bekerja,
Masa terlepas sukar dikejar.

Pergi ke Johor mengambil angin,
Pergi ke Pulau mengambil Pinang;
Bahagilah masa sebaik mungkin,
Hidup sistematik paling senang.

Di pinggir pantai pokok nipah,
Di dalam laut ikan tuna;
Jangan selalu berlengah-lengah,
Nanti terlewat insaf tak guna.

“Pantun Nasihat Kesihatan”

Pembohong dihukum potong lidah,
Masih balik rumah cari bini;
Jauhi rokok dan dadah;
Jauhilah najis pembunuh ini.

Rumah baru dibina dicat,
Dengarlah baik-baik nasihat;
Makanlah makanan yang berzat,
Untuk mendapat badan yang sihat.

Di ladang ayam menyara ayam,
Di hutan rimba mencari telaga;
Setiap hari mesti bersenam,
Badan kuat dan bertenaga.

Kakak suka menonton drama siri,
Tidak buat kerja rumahnya;
Jaga kesihatan dan kebersihan diri,
Bersih dan kemas tunjukkan hati mulia.

Samuel Kana Lis, 2005

5 comments:

Anonymous said...

Hi there, I saw you in a friend's links. Your pantuns are quite good, you might want to publish them some day. Have a nice day, good luck.

Samuel K Lis said...

wow seriouslt? thanks... XD XD

Footprints of Erica said...

no, actually he's not serious.. :-)

Samuel K Lis said...

err.. okay... erica: you understand english meh? hehe.. jk jk

Figgy said...

Ah, yes...I remember those days. I always liked pantuns...I guess I'm weird that way. I like your ones, too. They're better than mine were. Hehe ;p

Eh, I just noticed. Form 2 again! Wow...it must have been a really inspiring year for you. XD